KURSUS TEKNOLOGI PEMBINAAN

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM, KOLEJ VOKASIONAL BETONG, 95700 BETONG, SARAWAK.

26 September 2011

SINOPSIS MATA PELAJARAN KURSUS BINAAN BANGUNAN

Mata pelajaran kursus Binaan Bangunan dibahagikan kepada Mata Pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif Vokasional. Mata pelajaran elektif vokasional dilaksanakan secara modular.

Senarai mata pelajaran adalah seperti berikut:

MATA PELAJARAN TERAS - Bahasa Melayu, English Language, Mathematics, Pendidikan Islam/Moral, Sejarah, Science/Applied Science, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

MATA PELAJARAN ELEKTIF VOKASIONAL - Bahan Binaan & Teknologi Binaan


Berikut merupakan tajuk modul bagi mata pelajaran Bahan Binaan & Teknologi Binaan

BAHAN BINAAN


Matlamat Mata Pelajaran 
Matlamat mata pelajaran Bahan Binaan ialah untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran penggunaan bahan-bahan binaan dalam industri pembinaan.

Tajuk Modul Dalam Mata Pelajaran Bahan Binaan
  1. Kayu
  2. Barang Logam & Kelengkapan serta Bahan Binaan yang lain
  3. Bata
  4. Konkrit
  5. Kerja Paip
  6. Anggaran Kuantiti Kos
  7. Keusahawanan

TEKNOLOGI BINAAN

Matlamat Mata Pelajaran
Matlamat mata pelajaran Teknologi Binaan ialah untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam keselamatan am, penyelenggaraan alat tangan dan mesin kerja kayu dan bata, membaca dan melukis cetak biru, memahami sistem pembuangan air sisa dan najis serta lukisan bangunan. Kandungan mata pelajaran Teknologi Binaan mendedahkan pelajar kepada bidang ketukangan binaan bangunan. Mata pelajaran ini dapat melengkapkan kerja binaan dengan penuh yakin, berkesan dan sempurna. Ia juga disusun untuk menyediakan pelajar dengan teknologi binaan terkini.

Tajuk Modul Dalam Mata Pelajaran Teknologi Binaan
  1. Keselamatam Am
  2. Lukisan Geometri
  3. Alat Tangan & Mesin
  4. Tanggam-tanggam Dalam Kerja Kayu & Binaan
  5. Merancang Tanda Tapak, Asas Bangunan & Binaan Sementara
  6. Pembinaan Lantai, Dinding & Tembok
  7. Pintu, Tingkap & Gerbang
  8. Tangga
  9. Bumbung
  10. Sistem Rawatan Kumbahan
  11. Bekalan Elektrik
  12. Lukisan Bangunan & CADD

19 September 2011

8 September 2011

STANDARD PERSEKITARAN BENGKEL 1

STANDARD PERSEKITARAN BENGKEL
(Standard Workshop Environment)


Garis panduan Standard Persekitaran Bengkel merupakan piawaian serta panduan penanda aras keselamatan dan kesihatan bengkel  Sekolah-Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional serta Sekolah-Sekolah Menengah yang menawarkan mata pelajaran Vokasional dan Kemahiran yang terdapat di Malaysia.

Ilmu pengetahuan dalam pengurusan bengkel serta budaya menyenggara merupakan elemen penting bagi menjamin kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di bengkel. Langkah ini dapat membantu mengelakkan berlakunya sebarang kecelakaan dan kemalangan terhadap pelajar. Di samping itu melalui konsep amalan persekitaran berkualti '5S' perlu diamalkan bagi membina persekitaran bengkel selamat dan sihat ke arah mempertingkatkan kualiti dan efisiensi sejajar dengan matlamat organisasi.

Pelaksanaan tindakan oleh semua sekolah di bawah Standard Persekitaran Bengkel:


  • Menyediakan Dokumentasi, Manual, Prosedur, Peraturan dan Arahan
  • Menyusun Atur Tempat Kerja
  • Menyediakan Alat Perlindungan Keselamatan Diri
  • mematuhi Peraturan Keselamatan dan Kerja Penyenggaraan Mesin
  • Mematuhi Akta Keselamatan Elektrik
  • Menyediakan Sistem Penstoran dan Penyimpanan Bahan-Bahan Kimia
  • Memastikan Pencahayaan dan Peredaran Udara
  • Menyediakan Papan Tanda Keselamatan
  • Mengekalkan Keceriaan Sepanjang Masa

Sumber : 


STANDARD PERSEKITARAN BENGKEL, 
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL, 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.